Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Barack Obama keluarkan filem

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Barack Obama keluarkan filem

Aug 20, 2019 | 04:54 PM



NEW YORK - Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, serta isterinya, Cik Michelle Obama bakal melancarkan satu filem esok (21 Ogos).



Filem berjudul American Factory itu mengisahkan tentang pembukaan semula kilang General Motors di Amerika yang ditutup pada 2008, oleh seorang jutawan Cina, yang kemudian mendirikan Syarikat Fuyao di tapak kilang itu pada 2014.



Filem dokumentasi ini menarik kerana ia berkaitan fenomena "globalisasi terbalik", kata pengarah tersohor Steven Bognar dan Julia Reichert, yang pernah menerima nobatan Oscars.



Fenomena “globalisasi terbalik” adalah keadaan di mana, jika dahulu kilang General Motors menggajikan ramai pekerja Cina dan diketuai oleh seorang berkulit cerah dari Amerika, tetapi kini kilang tersebut diketuai oleh seorang Cina, dan pekerjanya merupakan orang Amerika.



Justeru filem American Factory mencatat perjalanan komuniti di kawasan barat Amerika yang pada awalnya gembira dengan pembukaan semula kilang itu.



Namun perasaan gembira bertukar menjadi resah dan marah apabila pengurusan Cina memecat pekerja yang tidak mampu memenuhi standard yang ditetapkan.



Encik Obama dan Cik Michelle telah membeli filem itu di Festival Sundance pada Januari lalu.



American Factory akan ditayangkan di Netflix dan di pawagam terpilih dari 21 Ogos (esok). - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >