Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Baru 11 tahun sudah 'kuasai' lima gunung termasuk Kilimanjaro

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Baru 11 tahun sudah 'kuasai' lima gunung termasuk Kilimanjaro

Selain daki gunung, anak kacukan Melayu-Greek ini turut aktif dalam gimnastik dan sukan ski salji
Feb 13, 2019 | 05:30 AM



USIANYA baru mencecah 11 tahun.



Namun pada usia semuda itu, dengan tubuhnya yang kecil, bukan halangan bagi Zoe Panayiotou untuk menawan lima gunung sejak tiga tahun lalu.



Daripada Gunung Bintan yang setinggi 340 meter di Bintan, dan Gunung Lambak setinggi 495 meter di Kluang, Johor, kepada Gunung Fuji di Jepun (3,776 meter); Gunung Kinabalu di Sabah (4,095 meter); dan yang terkini Gunung Kilimanjaro di Tanzania (5,895 meter) - kesemua gunung tersebut sudah berjaya didakinya.



Malah Zoe, yang merupakan pelajar Tahun Enam di Sekolah Antarabangsa Tanglin Trust, merupakan antara pendaki termuda yang berjaya menawan Gunung Kilimanjaro.



Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Melayu Singapura dan United Kingdom (UK) (keturunan Greek daripada Cyprus) itu berkata latihan fizikal dan minda yang dijalaninya secara menyeluruh bersama ibunya ternyata mempersiapkannya bagi kegiatan lasak itu.



"Latihan yang dijalani bukan sekadar turun naik tangga, tapi saya juga didedahkan kepada kegiatan mengembara - di sini dan luar negara.



"Lebih penting lagi, cara terbaik berlatih mendaki gunung ialah mendaki gunung juga.



"Ibu juga pernah bawa saya sehingga ke Wales untuk mengembara di wilayah pergunungan Snowdonia yang amat sejuk, berbatu dan cukup mencabar," katanya yang lebih selesa berbahasa Inggeris.



Dalam pendakian terbarunya di Gunung Kilimanjaro, yang dilakukannya antara 2 dengan 10 Disember lalu, Zoe bersama ibunya, Cik Sri Noorhazleen Ahmad, 47 tahun, dan sembilan pendaki wanita, berjaya sampai ke puncak mengikut perancangan.



Dua daripada mereka merupakan pendaki muda, termasuk Zoe dan seorang pendaki berusia 11 tahun asal Australia.



Menurutnya, cabaran yang dihadapinya semasa mendaki ialah mengatasi rasa penat yang dialaminya sebelum capai ke puncak, dan semasa hendak turun gunung.



Malah beliau mengakui hampir-hampir "mengibar bendera putih" jika tidak kerana pendaki lain sama-sama memberinya rangsangan.



"Kami saling beri keyakinan dan rangsangan sepanjang pendakian.



"Akhirnya semasa tiba di puncak, saya menangis gembira,'' ujar Zoe.



Ibunya berkata pengalaman beliau sendiri mendaki sehingga 50 gunung sejak lima tahun lalu, banyak mempengaruhi pilihan Zoe "menjejak langkah" beliau.



Cik Sri Noorhazleen, kini seorang usahawan sebuah syarikat pengembaraan yang berdaftar di Singapura, Amazing Trekkers Club, berkata pengalaman mendaki gunung banyak mengajar dirinya sendiri tentang erti merendah diri.



"Bila sampai di puncak, kita mulai sedar bahawa semua gunung terbentuk atas kehendak Allah.



"Apabila di puncak jugalah, kita lihat ke bawah dan itu membuat pendaki itu sedar kesukaran yang dilalui semasa cuba menawan gunung.



"Ini contoh bahawa kejayaan itu hanya dapat dicapai dengan kerja keras, dan pada masa yang sama, kita perlu bersikap rendah diri," ujarnya lagi.



Selain mendaki gunung, Zoe turut didedahkan kepada sukan ski - menuruni curam seperti di Austria.



Tidak cukup dengan itu, dia juga seorang ahli gimnastik yang mewakili sekolahnya dan telah memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan antara sekolah antarabangsa.



Dia juga seorang pemain bola sepak untuk sebuah kelab setempat dan bermain di bahagian midfield.



Begitu lasak anak muda ini sehinggakan dia juga terpilih bagi pihak sekolahnya sebagai wakil dalam sukan lain termasuk renang, atletik, bola "tee" dan bola jaring.



"Saya ingin anak perempuan saya didedahkan kepada kegiatan bukan tradisional yang jarang disertai kaum Hawa.



"Bukan sahaja kuat minda, tapi sihat secara fizikal," tambah bekas kakitangan beberapa firma di Timur Tengah itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >