Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Baru bercerai, Bella bangkit semula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Baru bercerai, Bella bangkit semula

Sep 17, 2019 | 05:32 PM



PERCERAIAN yang berlaku dalam hidupnya bukanlah penamat segala-galanya, sebaliknya, ia dijadikan langkah pertama dalam memulakan kehidupan baru yang lebih baik.



Penyanyi serta pelakon Malaysia, Bella Astillah, 25 tahun, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah yang baru-baru ini telah bercerai dengan bekas suaminya Aliff Aziz, menyifatkan segala yang diterima kini sebagai rezeki tidak dijangka. 



Enggan menoleh ke belakang, Bella berkata, apa yang sudah terjadi biarlah berlalu dan beliau tidak ingin lagi menangis kerana apa yang penting adalah kebahagiaan bagi anak tersayangnya, Mohamad Ayden Adrean dan keluarganya.



“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Diakui bukan mudah mengharungi kehidupan berdikari tetapi saya perlu kuat. Gelaran ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sedikit pun tidak melemahkan saya. 



“Penat macam mana sekali pun, saya cuba berikan yang terbaik,” katanya.



Menurut akhbar dalam talian Malaysia, Hmetro, fokus utama Bella adalah untuk berdikari mencari rezeki dan tiada istilah goyang kaki dengan mengharapkan sesuatu, dan Bella juga menegaskan bahawa beliau tidak perlu meraih simpati sesiapa.



“Saya selesa dengan apa dilalui sekarang. Saya bahagia di samping anak dan keluarga. Kalau ditanya sekarang apa perkara yang lebih membahagiakan, jawapan saya sudah pasti mereka.”



Dalam kesibukan membesarkan anak, Bella juga mampu membahagikan masa apabila terbabit dalam penggambaran drama Cinta Belum Tamat Tempoh yang kini ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.



Menurut Bella, itu adalah percaturan pertamanya melakonkan watak utama dalam drama bersiri.



Dalam perkembangan lain, Bella juga baru selesai menjalani penggambaran telefilem Kerusi Kecil lakonan bersama Zizan Razak. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >