Bayi seberat hampir 6 kg dilahirkan di Australia
May 06, 2016 | 05:30 AM
PERTH: Seorang ibu terkejut selepas melahirkan bayi seberat hampir enam kilogram, sekali gus menjadi antara bayi terberat pernah dilahirkan di Australia.
Breanna Sykes selamat melahirkan bayi lelaki seberat 5.9 kilogram melalui pembedahan di Kampus Kesihatan Joondalup, Perth, Australia, pada petang Sabtu lalu.