'Bedok yang aku kenali'
Penonton akan dibawa menyelami hidup di Bedok pada tahun 1980-an oleh penggiat kreatif bebas sempena pelancaran siri Pameran Bergerak Bicentennial Singapura
Apr 13, 2019 | 05:30 AM
BELIAU telah menetap di Bedok selama 22 tahun dan dapat menyaksikan bagaimana kawasan tersebut berubah sedikit demi sedikit.
Sekolah yang dulu kecoh dengan suara kanak-kanak kini hanya tinggal bangunan kosong tanpa penghuni, kedai-kedai yang dulu sibuk dengan pelanggan kini banyak yang ditutup atau bertukar tangan dan infrastruktur kawasan tersebut turut diubah berdasarkan keperluan Bedok 'moden'.