Dua penyanyi Singapura, Adeep Nahar dan Awi Rafael, begitu menyinar di pentas peraduan adu bakat realiti lagu motivasi dan kerohanian, Gema Gegar Vaganza (Musim Kedua) yang disiarkan di saluran Astro Oasis kini. Gelanggang pertandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, bergema dengan vokal mereka yang bertenaga dan menyuntik inspirasi ramai yang menonton. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan dari Kuala Lumpur.
DARI irama dikir barat ke lagu rakyat, muzik hip hop dan kini karya seni bermutu bernadikan semangat positif.