Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bekas penduduk Balik Kampung@Bussorah Street

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas penduduk Balik Kampung@Bussorah Street

Jul 09, 2016 | 05:30 AM



WALAPUN sudah tiga dekad berpindah dari Bussorah Street, hubungan bekas penduduk kampung yang terletak di kawasan Kampong Glam itu tetap rapat dan mesra.



Kehadiran 1 Syawal paling dinanti-nantikan kerana sudah seperti menjadi 'adat' bagi sebahagian besar mereka bergambar beramai-ramai di hadapan Masjid Sultan selepas solat sunat Aidilfitri.



Bagi tahun ini, satu majlis akan diadakan bagi mengumpulkan semula bekas penduduk kawasan itu secara rasmi, siap dengan atur cara yang dijangka membangkitkan nostalgia.



Dinamakan Balik Kampung @Bussorah Street, majllis berlangsung pada 24 Julai di Orchid Country Club di Yishun dari 11 pagi hingga 4 petang.



Menurut penyelaras majlis, Encik Rosman Sahlan, majlis itu awalnya dirancang diadakan di sebuah hotel yang terletak di kawasan Kampong Glam untuk mengambil semangat kampung di kawasan tersebut yang sebahagiannya merangkumi Kampung Khaji, Kampung Tembaga (dalam kawasan Bussorah Street), Kampung Intan dan Kampung Dalam (Sultan Gate dan Kandahar Street).



"Tetapi sambutan yang diberikan oleh bekas penduduk cukup baik sehingga kami terpaksa mencari ruang majlis yang lebih besar agar dapat menampung lebih ramai orang," kata Encik Rosman.



Beliau merupakan anak penjual Nasi Rawon yang terkenal di kampung tersebut, yang dikenali sebagai 'Wak Lan Nasi Rawon'.



Ketika ini, bekas penduduk juga berinteraksi menerusi Faceook di akaun Balik Kampung@BussorahStreet - dengan saling mengirim khabar dan dan memuat naik gambar-gambar kenangan hidup di kampung kesayangan mereka.



Encik Rosman berkata beliau berharap perjumpaan itu turut disertai generasi "cucu-cicit" demi meneruskan silaturahim memandangkan ramai daripada generasi "datuk dan nenek" mereka sudah meninggal dunia.



Tiket berharga daripada $40 (bagi murid sekolah rendah) hingga $57 (bagi orang dewasa). Tiket bagi warga perintis pula $50.



Untuk menempah tiket, sila hubungi:



  • Rosman Sahlan di talian 9665-6145

  • Abdul Rani Zain di talian 9850-8137

  • Suryani Said di talian 9798-0247

  • Hamimah di talian 9456-6076

Acara akan diserikan dengan pelbagai acara berkaitan nostalgia Kampung Khaji.



Hiburan oleh artis tempatan dan Indonesia juga sedang diatur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >