Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bekas penerbit terajui usaha perkasa wanita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas penerbit terajui usaha perkasa wanita

Apr 13, 2018 | 05:30 AM



KIRA-KIRA dua tahun lalu, Cik Nur Sarah Asa'ad Sameer Bagharib menghadapi semacam krisis identiti.



Beliau, 27 tahun, mahu keluar daripada bidang penerbitan yang memberi tekanan itu tetapi sangat disukainya.



Sungguhpun mahir mewawancara dan mendapatkan bahan berita, beliau sukar menggarap kemahiran menyunting video bagi menghasilkan episod dokumentari.



Beliau mendapati rakan setugas mampu melakukan kerja pascapenerbitan dengan lebih mudah berbanding dirinya.



"Pekerjaan ini sebahagian besar kehidupan saya. Kerjanya mencabar, lebih-lebih lagi apabila menghampiri tarikh akhir.



"Malah, pekerjaan ini memberi saya peluang meminjamkan suara kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang tiada peluang bersuara," ujar lulusan bidang kewartawanan Universiti Murdoch itu ketika ditemui baru-baru ini.



Sebelum ini, beliau bertugas sebagai penerbit di syarikat antarabangsa MAKE Productions.



Menurutnya, beliau sudah menghasilkan dokumentari bagi rangkaian berita Al Jazeera dan BBC.



Akhirnya, beliau meninggalkan kerjaya lima tahunnya itu lalu bekerja dalam bahagian perhubungan awam badan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa hingga hari ini.



"Sukar bagi saya menerima hakikat bahawa saya tidak mahir (dalam bidang pascapenerbitan) tapi itulah yang perlu saya lakukan," ujarnya.



Dengan masa kerja lebih tetap dan teratur dalam bidang perhubungan, Cik Sarah mula gelisah.



Beliau kini mempunyai lebih banyak masa lapang pada sebelah malam dan hujung minggu.



Justeru, beliau bertindak memperluas usahanya yang diwujudkan sejak 2015.



Pada tahun tersebut, beliau menggunakan tanda pagar #shineonyoucrazycat ketika memuatnaikkan gambar di laman Instagram peribadinya tentang wanita yang menyuntik inspirasi.



"Saya menggunakan kisah wanita tersebut untuk menaikkan semangat apabila rasa kurang bermotivasi," katanya, yang awal tahun ini diundang memberi ceramah tentang keraguan diri di acara pidato popular TEDx di Singapura.



Maka Disember lalu, lahirlah wadah sehenti perkasa wanita Crazycat, yang diasaskannya bersama Cik Cheryl Guzman Ng dan Cik Hannah Kamsadi.



Antara lain, mereka menganjurkan bengkel dan ceramah serta menghasilkan rencana dan video demi memberi dorongan kepada wanita pelbagai latar belakang dan usia.



Kandungan Crazycat akan dimuatnaikkan ke sebuah laman Internet yang sedang dibangunkan.



Apabila laman tersebut siap, orang ramai boleh mengaksesnya secara percuma.



Menurut Cik Sarah, buat masa ini, mereka tidak dibiayai mana-mana pertubuhan mahupun individu.



Dalam pada itu, mereka akan menganjurkan ceramah pertama berjudul Noor Tagouri: Letting Your Light Shine(laporan kanan) pada 30 April.



"Wanita mempunyai cita-cita. Mereka mahu melalukan yang terbaik mungkin, namun mereka menghadapi cabaran.



"Saya rasa perkara ini tidak begitu dibincangkan, jadi saya mahu membangunkan wadah ini supaya wanita tidak rasa sendirian.



"Usaha kami terbuka kepada sesiapa yang mempunyai impian, seperti mereka yang baru tamat pengajian, tersekat di tempat kerja, suri rumah dan ibu yang tidak bekerja.



"Kami akan menganjurkan kegiatan yang akan memperkasa mereka. Mereka boleh menimba kemahiran baru, meluaskan rangkaian kenalan, atau melakukan kegiatan yang menyokong kesejahteraan diri dan mental," kata Cik Sarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >