Bekas pesakit barah sumbang bakti melalui kerja sukarela
Apr 26, 2017 | 05:30 AM
PENGALAMAN menjalani pembedahan barah buah dada dan melalui proses kemoterapi meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi pengurus jururawat Rahimah Bahri, 51 tahun.
Pengalaman pahit yang dilaluinya membawa kesedaran bahawa kehidupan ini bukan sekadar untuk dirinya sendiri, malah orang di sekeliling. Manusia perlu saling menyokong dan berkongsi kasih sayang.