Beli baju sekali setahun, sertai acara tukar baju terpakai, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Beli baju sekali setahun, sertai acara tukar baju terpakai

Nov 18, 2018 | 05:30 AM

PENGALAMAN membersihkan pantai di Pulau Ubin tahun lalu telah membuka mata Cik Sofia Mohamed Khanafie tentang banyaknya pembaziran dan sampah di sekeliling beliau serta kesannya ke atas alam sekitar.

"Setiap kali saya kutip sampah dari pasir, lima saat kemudian, ombak bawa masuk sampah baru dari laut.

"Di Singapura, kita hidup dalam sekitaran di mana kita tidak lihat sampah menggunung di depan mata kita. Mudah buat kita lupa jumlah sampah yang kita buang setiap hari," ujar pelajar tahun akhir jurusan sosiologi di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.

Menyifatkan dirinya sebagai 'orang baru' dalam usaha mencapai pembaziran sifar dengan mengurangkan penggunaan barangan plastik, Cik Sofia, 23 tahun, berkata beliau ambil langkah kecil-kecil sejak sekitar setahun lalu.

Ke mana-mana beliau akan membawa bekas makanan dan bekas air yang boleh dilipat bagi mengisi minuman dan makanan 'bungkus'.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Selain menjimat plastik, beliau juga tidak perlu membayar tambahan 10 sen atau 20 sen yang dikenakan penjual bagi makanan yang dibungkus.

"Orang lain mungkin kata mengelak satu cawan plastik tidak akan bawa apa-apa perubahan, tidak akan menyelamatkan bumi.

"Tetapi bagaimana pula sebaliknya? Penggunaan satu cawan plastik nampak kecil tapi kesannya meluas. Apa yang kita lakukan mempunyai kesan walau sekecil mana," katanya.

Khamis lalu, Berita Minggu menemui Cik Sofia ketika beliau berbelanja di kedai Reprovisions di pusat beli-belah Jurong Point.

Beliau membawa bekas kecil untuk mengisi biji labu dan kacang walnut yang dibeli di kedai itu yang amalkan pendekatan pembaziran sifar dengan menawarkan bahan kering secara pukal.

Bahan seperti pasta, ikan bilis, kekacang dan rempah dimasukkan ke dalam balang besar dan pelanggan boleh menggunakan bekas sendiri atau beg kertas yang disediakan untuk mengisi bahan mengikut sukatan yang diingini.

Selain plastik, Cik Sofia berkata beliau juga cuba mengurangkan pembelian pakaian, malah beliau hanya membeli baju baru sekali sahaja tahun ini.

Sejak awal tahun ini, beliau telah menukar pakaiannya di acara Swapaholic, satu inisiatif fesyen mampan tidak meraih untung yang membantu wanita berbelanja "tanpa menjejas beg duit atau bumi".

Cik Sofia telah menghadiri tiga acara sedemikian di mana dengan membayar bayaran rendah, beliau menukar pakaian yang tidak lagi dimahukan dan membawa pulang baju dan seluar terpakai sumbangan orang lain.

"Saya tidak kisah pakai baju terpakai. Saya rasa orang ramai perlu ubah pemikiran mereka yang baju terpakai itu kotor atau bermutu rendah. Kalau anda rasa kotor, cucilah baju itu.

"Jangan risau tentang mutu kerana Swapaholic cuma terima pakaian yang masih baik keadaannya.

"Mungkin kita boleh cuba konsep ini untuk baju Raya.

"Daripada kita beli baju baru setiap tahun dan cuma gunakannya sekali sahaja, mengapa tidak kita tukar baju Raya lama kita dengan baju Raya terpakai milik orang lain?" saran Cik Sofia.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map