Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Belum pandai cakap, anak Tya sudah ada sesi temu peminat S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Belum pandai cakap, anak Tya sudah ada sesi temu peminat S'pura

May 29, 2018 | 05:30 AM



UMUR bayi comel Arif Jiwa Asyraf baru sahaja mencecah setahun dan belum lagi pandai berbual.



Namun, nampaknya anak usahawan, Muhammad Asyraf Khalid dan pelakon serta usahawan jamu asal Palembang, Tya Arifin, sudah pun mempunyai sesi bertemu peminatnya sendiri.



Baru-baru ini, Arif yang mempunyai akaun Instagram peribadi dengan 482,000 pengikut, menemani Tya ke kaunter jualan jamu 'Mutyara' di acara CelebFest yang berlangsung di Dewan Persidangan Suntec City.



Dia kemudian membuat penampilan khas bagi menemui peminat di Our Tampines Hub (OTH), Sabtu lalu.



"Rasanya, dia adalah artis termuda yang pernah adakan sesi sebegini meskipun belum pandai berbual," kongsi Asyraf.



Dalam pada itu, Arif yang nampaknya sibuk menjelang Raya juga dapat anda saksikan di dalam program realiti sempena Raya.



"Pendek kata, Arif sibuk 'bekerja'. Kami pun akan lancarkan produk Arif sendiri berupa vitamin berbilang khasiat untuk anak-anak," ujar Asyraf lagi.



Tya yang rajin memuatnaikkan foto dan video anaknya yang tembam dan sering tampil dengan aksi lucu itu pula menambah:



"Selepas menang Anugerah Si Cilik MeleTOP baru-baru ini, Arif dah kalahkan saya dan bapanya.



"Kalau Asyraf keluar berjalan seorang diri, orang mesti bertanyakan Arif."



Kekeletahan Arif memang tidak dapat disangkal. Dengan senyuman dan gelak tawanya, dia memikat hati sesiapa sahaja yang memandang dan merupakan penawar.



Tempoh hari dapat dilihat dia melayan peminat yang memerhatikan lama dirinya dan ingin bergambar sama.



Menurut Asyraf, ini adalah kali pertama beliau dan isteri terlibat dalam CelebFest yang menjadi wadah terbaik bagi selebriti mempromosikan produk jualan mereka.



Mengenai usaha niaga sulungnya, Tya berkata jamu Mutyara yang diperbuat daripada ramuan kurma, delima, madu dan habbatus sauda (mengikut sunah), mampu ditelan sesiapa sahaja sebab ia tidak pahit.



"Ia adalah jamu turun-temurun keluarga saya di Indonesia. Kelainannya, ia boleh ditelan dan diterima orang termasuk yang takut akan rasa pahit jamu.



"Lagipun, ia banyak khasiatnya khususnya buat ibu yang menyusukan dan mengalami masalah kurang susu ibu," kongsi Tya.



Mengenai sambutan Lebaran akan datang pula, Asyraf menjangkakan ia lebih meriah apabila Arif kini sudah boleh berjalan dan diajak bersenda.



"Tahun lalu, dia masih kecil. Jadi, sekarang dah besar, ada peluanglah dapat duit Raya lebih!" seloroh Asyraf. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >