Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Benjolan tekak, masalah kotak suara, Raffi Ahmad terus cari rawatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Benjolan tekak, masalah kotak suara, Raffi Ahmad terus cari rawatan

Aug 31, 2019 | 05:30 AM



PENYAMPAI, pelakon dan penyanyi Indonesia, Raffi Ahmad, berkata keadaan suaranya kini beransur pulih setelah beliau mengalami masalah pada kotak suara dan tekak.



Masalah itu disebabkan oleh satu benjolan pada leher Raffi, 32 tahun.



"Suara sudah semakin baik kerana ada lagi melakukan satu terapi pengubatan. Mudah-mudahan terus semakin baik," kata Raffi, menurut laporan media Kompas.



Namun Raffi tidak menjelaskan tentang jenis terapi yang akan beliau jalani selanjutnya demi proses pemulihan tersebut.



"Nanti kalau sudah sembuh betul, baru saya beritahu," ujarnya.



Menurut Raffi, buat masa ini beliau sedang memberi perhatian kepada proses pemulihan.



Beliau juga mencuba untuk tidak terlalu memaksa diri dengan bekerja.



"Ya memang harus tetap berehat, tapi suara saya sudah banyak pulih," katanya.



"Mungkin (lebih memilih dalam pekerjaan), tapi saya tidak tahu juga. Sekarang sedang mencuba untuk santai saja dulu," sambung Raffi.



Sebelum ini, Raffi berkata beliau memilih kaedah akupunktur untuk mengatasi radang kotak suara yang dideritainya.



"Biasanya kalau masalah begini, cara mengubatinya ada yang seperti pembedahan.



"Tapi, saya cuba yang akupunktur dulu. Ada kaedah dari China, daripada seorang guru," kata Raffi.



Beliau berharap pengubatan tradisional dari China itu dapat membuat kotak suaranya sihat seperti sediakala.



Menurutnya, terapi akupunktur dilakukan setiap hari mulai 7 pagi.



Hos rancangan televisyen Pesbukers itu telah meminta untuk berehat daripada kegiatannya sebagai penyampai kerana radang kotak suara itu dikatakan timbul kerana beliau terlalu banyak bekerja tanpa berehat.



"Doktor kata, saya disuruh berehat tiga bulan, enam bulan, setahun, tergantung keadaannya," kata Raffi.



Namun beliau berkata perkara itu sukar dilakukan kerana pekerjaannya sebagai pengacara beberapa program bermodalkan suara.



"Sehari ada empat hingga enam pekerjaan. Susah (berehat) begitu kerana harus banyak bercakap. Saya kalau disuruh tidak bercakap memang susah," katanya.



Berita mengenai benjolan pada tekak Raffi dilaporkan awal Julai lalu.



Raffi pada waktu itu berkata benjolan tersebut harus segera dikeluarkan dengan menjalani pembedahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >