Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Berat badan susut 10 kg setelah sertai program Asatizah Sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berat badan susut 10 kg setelah sertai program Asatizah Sihat

May 09, 2019 | 05:30 AM



Asatizah Sihat, sebuah program mingguan kesihatan untuk asatizah, telah berakhir bulan lalu setelah berlangsung selama 12 minggu. Program perintis anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) itu merangkumi sesi senaman dan juga ceramah kesihatan. Beberapa asatizah yang menyertainya telah pun berjaya meraih hasil daripada program itu. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara mereka.



SEBAGAI seorang guru madrasah yang mengajar murid darjah satu hingga tiga, Ustazah Hafizah Abdul Majid memerlukan banyak tenaga.



Oleh itu, Ustazah Hafizah, 34 tahun, mendapati dirinya mudah penat dan letih selepas sehari mengajar.



"Kalau boleh, saya tak nak lemau-lemau dan hanya ada tenaga belen-belen untuk keluarga dan ibadah selepas mengajar," ujar guru Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah itu.



Akhir tahun lalu, beliau mula menanam azam baru untuk mengurangkan berat badan setelah menghadiri satu pemeriksaan kesihatan.



Apabila beliau mendapat undangan menyertai program Asatizah Sihat, beliau merebut peluang tersebut.



Program mingguan anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) itu telah bermula Februari lalu.



"Alhamdulillah, saya belum pernah tertinggal satu sesi pun sejauh ini," ujar Ustazah Hafizah.



Berkat usaha dan komitmennya kepada program tersebut, berat badan beliau susut 10 kilogram daripada 79 kilogram pada akhir tahun lalu kepada 69 kilogram sekarang.



Selain membuat senaman yang diajar pelatih di bawah program itu, Ustazah Hafizah juga mengamalkan puasa berkala (intermittent fasting), yang mana beliau hanya makan dalam tempoh lapan jam.



Ini bermakna beliau mula makan sekitar 12 tengah hari dan berhenti makan sekitar 8 malam.



"Dulu saya pernah baca tentang intermittent fasting, tapi saya tak tahu boleh percaya ke tak. Sebab banyak jenis diet yang kita pernah dengar sebelum ini.



"Tetapi saya lebih yakin mengamalkannya selepas mendengar nasihat pakar di bawah program itu," ujar Ustazah Hafizah.



Namun, tidak seperti ibadah puasa, beliau masih boleh minum air semasa melakukan puasa berkala.



"Minum air itu penting sekali. Saya minum dalam dua hingga tiga liter air setiap hari. Sekurang-kurangnya dapat rasa kenyang juga," ujarnya.



Beliau juga mengurangkan makanan karbohidrat, menggantikan nasi putih dengan nasi perang dan makan lebih banyak protein.



Dengan program Asatizah Sihat itu bakal mencapai penghujungnya, Ustazah Hafizah berharap untuk meneruskan usaha mengurangkan berat badan.



Beliau menyasarkan untuk mengurangkan lagi 15 kilogram kalau boleh.



"Nak kurangkan berat badan ini bukan senang. Naik berat badan lagi senang. Orang kata datang macam ribut, pergi macam siput.



"Tapi saya nak teruskan sebab saya rasa perubahannya. Badan pun rasa ringan," ujar Ustazah Hafizah yang kerap mengongsi perjalanannya ke arah gaya hidup sihat di media sosial.




SEKILAS



- Program perintis kesihatan untuk asatizah yang gabungkan sesi senaman dengan ceramah kesihatan



- Bertujuan bekalkan asatizah dengan ilmu pengetahuan, dan jadikan mereka duta gaya hidup sihat dalam masyarakat



- Sesi dua jam diadakan setiap minggu bagi tempoh 12 minggu dari Februari hingga April



- Libatkan 25 asatizah setempat daripada pelbagai bidang termasuk masjid, madrasah dan sektor privet




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >