Bercerita kisah nabi
Jun 26, 2015 | 05:30 AM
SEDANG para ibu bapa mengerjakan solat tarawih, anak mereka pula sedang khusyuk mendengar kisah nabi yang dimuatkan dalam kitab suci Al-Quran.
"Ada kanak-kanak yang sungguh kagum mendengar cerita para nabi dan sahabat sehingga ada yang tidak henti bertanya," kongsi pegawai kanan pembangunan belia, Ustaz Muhammad Khaider Rohani, 29 tahun.