BELASUNGKAWA

Berdisiplin, tegas sikap Jins Shamsuddin

DISIPLIN dalam menjalankan tugas menjadi prinsip teguh yang dipegang seniman legenda Allahyarham Jins Shamsuddin, justeru menjadikan beliau pengarah dan pelakon yang dihormati dan disegani.

Itulah yang dikongsi pelakon veteran Singapura, J. A. Halim, yang pernah berlakon dalam filem arahan dan lakonan Allahyarham berjudul Bukit Kepong pada 1980.