Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Berita Harian anjur acara bersastera sambil gelak ketawa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berita Harian anjur acara bersastera sambil gelak ketawa

Sep 28, 2016 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya Berita Harian (BH) akan menggamatkan Panggung Victoria menerusi Malam Lawak Sastera.



BH dan Pesta Penulis Singapura telah bekerjasama untuk menganjurkan Malam Sastera edisi ketiga dengan tumpuan khusus pada komedi.



Penonton boleh menjangkakan persembahan dua jam yang mengetengahkan sasterawan Melayu dan seniman-seniman mapan.



Penyair dan penggiat pentas serta pelawak dan pakar pantun juga akan turut serta.



Penonton tidak akan kering gusi menyaksikan pelbagai babak lawak yang akan dipersembahkan.



Acara kemuncaknya merupakan 'pertarungan' antara dua pakar pantun - G.T. Lye dan M. Saffri A. Manaf - yang akan jual beli pantun.



Barisan bintang yang hadir pada malam tersebut termasuk pelakon dan juruhebah radio, Junaidah Eksan; tokoh televisyen veteran, Norsiah Hamid; serta pelawak dan pelakon Ariff Isa dan Zainal Ihim.



Pementasan itu akan diadakan di Panggung Victoria pada 5 November dari 8 hingga 10 malam sempena Pesta Penulis Singapura ke-19.



Tiket-tiket sudah mula dijual dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di laman Sistic.



Diskaun 20 peratus menanti mereka yang membeli tiket awal. Pelajar, warga emas dan mereka yang membeli tiket secara berkumpulan juga boleh mendapatkan diskaun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >