Bermutu, 'kelas antarabangsa'
Restoran Hajah Maimunah dan Bismillah Biryani antara yang dapat penilaian Singapore Michelin Guide
Jul 15, 2016 | 05:30 AM
RESTORAN Hajah Maimunah di Jalan Pisang dan Bismillah Biryani di Dunlop Street merupakan antara 34 perniagaan makanan yang mendapat penilaian berprestij Bib Gourmand dalam Singapore Michelin Guide yang julung-julung kali dibentangkan semalam.
Turut disenarai ialah restoran Turkey, Alaturka, di Bussorah Street; makanan India Zaffron Kitchen di East Coast Road; Lagna di Little India; Shish Mahal di Albert Street; dan 328 Katong Laksa.