KUMPULAN indie dari Malaysia yang memperjuang muzik berentak ska (genre muzik berasal di Jamaica pada lewat 1950-an), Gerhana Skacinta, bakal menghiburkan penonton malam ini di Esplanade.
Konsert anjuran Global Entertainment Production itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-18 kumpulan itu, yang memainkan muzik ska sejak lewat 1990-an.