Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Bersihkan rumah, gunting rambut penduduk susah Outram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bersihkan rumah, gunting rambut penduduk susah Outram

Jun 21, 2018 | 05:30 AM



SAMBUTAN Lebaran lebih meriah buat penduduk Jalan Kukoh, Jalan Minyak dan York Hill tahun ini.



Ini disebabkan mereka menerima beberapa jenis bantuan daripada syarikat penerbitan SevenOne Films dengan kerjasama Khidmat Masyarakat Pekik Ramadan lalu.



Seramai 30 relawan bantu membersihkan lima rumah penduduk warga tua manakala tujuh tukang gunting rambut menyediakan khidmat menggunting rambut secara percuma dalam acara amal anjuran syarikat penerbitan itu pada 10 Jun lalu.



Kata pencipta kandungan SevenOne Films, Encik Tawfik Daud:



"SevenOne Films bersama rakan industri menganjurkan acara amal ini dengan tujuan membantu penduduk di tiga kawasan itu membuat persiapan Hari Raya.



"Selain membersihkan rumah dan menggunting rambut, kami memberi mereka baju kurung dan berbuka puasa beramai-ramai."



Antara penerima bantuan ialah keluarga suri rumah tangga, Cik Zaudah Mohd Rashid, 38 tahun.



Beliau mempunyai lapan anak berusia antara 18 bulan dengan 13 tahun.



Suaminya pencari nafkah tunggal yang bekerja kontrak sebagai penyelaras keselamatan.



"Enam anak lelaki saya gembira dapat gunting rambut. Saya juga sangat berterima kasih kepada tukang gunting rambut kerana sekurang-kurangnya saya boleh jimatkan wang dan tidak perlu bawa mereka ke kedai gunting rambut sebelum mereka kembali ke sekolah," kata Cik Zaudah, yang tinggal di rumah sewa dua bilik.



Menurut Encik Tawfik, kesemua anak lelaki Cik Zaudah mahu rambut mereka digunting mengikut gaya pemain bola sepak Argentina, Paulo Dybala.



Selain itu, mereka menerima baju kurung.



"Sambutan Hari Raya setiap tahun sederhana sahaja tetapi kali ini sekurang-kurangnya anak dapat gunting rambut sebelum Raya," ujarnya.



Cik Zaudah menambah bahawa mereka bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun suaminya kerja kontrak dan kadangkala kesempitan wang.



"Apa pun, pada Hari Raya pertama, kami bawa anak-anak ziarah ibu bapa saya, ibu bapa mentua dan kemudian mereka ikut jalan ke rumah saudara-mara sebelah suami.



"Inilah masa anak jumpa sepupu dan menikmati kuih-muih Hari Raya," katanya.



Encik Tawfik berkata kanak-kanak di kawasan itu turut meluangkan masa melukis gambar ketupat.



SevenOne Films menggunakan lukisan tersebut untuk dicetak pada sampul duit Raya.



"Sampul Raya itu ada memaparkan laman Facebook 'Pekik Community Services'.



"Kami mengalu-alukan sumbangan dana kepada pertubuhan akar umbi itu bagi membantu penduduk kawasan Jalan Kukoh, Jalan Minyak dan Jalan York Hill," kata Encik Tawfik. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >