Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bina impian tinggi melangit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bina impian tinggi melangit

Oct 09, 2018 | 05:30 AM



BANGUNAN pencakar langit yang dilihat di serata Singapura membuat Cik Siti Aishah Abudal kagum ketika di bangku sekolah rendah.



Sebagai si cilik yang tidak tahu apa-apa tentang proses pembinaan, beliau hanya mampu mengamati keindahan struktur di depan mata.



Pengalaman itulah yang mencorak cita-citanya agar menceburi sektor binaan apabila dewasa kelak.



Meskipun pada mulanya ragu-ragu menceburi bidang kerja di luar zon selesa seorang wanita, beliau tidak gentar mencuba.



Tambahan pula, anak bongsu dalam keluarga 10 beradik itu ingin menjadi yang pertama dalam keluarga ke menara gading dengan pengkhususan pengurusan binaan.



Kini, bukan sahaja cita-cita bergelar siswazah tercapai.



Cik Siti Aishah, 27 tahun, yang sudah berumah tangga, juga meraih kelulusan kepujian kelas pertama dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Pengurusan Binaan) SIM Global Education-Universiti RMIT.



Pingat RICS, tajaan badan profesional bagi kelulusan dan piawaian tanah, hartanah dan binaan RICS International Ltd (Cawangan Singapura), turut disampaikan kepadanya kerana muncul sebagai pelajar kedua terbaik kursus itu.



Cik Siti Aishah, yang kini menggalas amanah sebagai eksekutif kontrak kanan di badan berkanun, berkata:



"Dulu, saya menyangka sektor binaan hanya penuh dengan jurubina, jurutera dan penyelia tapak binaan. Tugas begitu bukanlah sesuatu yang ingin saya jalankan.



"Namun, apabila menyelongkar keperluan industri binaan dan meninjau tugas karyawan yang terlibat, barulah saya tahu ada kerjaya lain seperti juruukur bahan yang boleh diceburi.



"Impian saya adalah menyumbang pada projek binaan bangunan pencakar langit. Saya tahu kemahiran saya lebih kepada kewangan dan urusan berkontrak.



"Sesudah saya menyertai alam pekerjaan, saya lebih terdedah kepada unsur menyeluruh sektor binaan. Saya belajar tentang perihal teknikal dan reka bentuk binaan."



Demi memburu ijazah, beliau banyak berkorban masa.



Namun, daripada seorang yang pemalu berbual di khalayak ramai, beliau kini lebih yakin hasil latihan di universiti.



"Saya datang daripada keluarga yang anggotanya ramai. Masih ingat tempoh di mana saya lebih selesa belajar di kolong blok kerana dambakan suasana sunyi.



"Namun, apa yang saya hargai ialah ibu bapa tidak pernah mengekang saya dan adik-beradik daripada memburu cita-cita dalam apa jua bidang yang diminati.



"Bagi mereka, yang penting, kami akur pada manfaat kerjaya yang diceburi dan hargai setiap ilmu yang dipelajari," ujarnya.



Dengan kelulusan yang dimiliki, Cik Siti Aishah berharap dapat berkongsi pengetahuan dengan karyawan lain dalam sektor binaan dan akhirnya bergelar juruukur berkanun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >