Industri hiburan Korea dan Hongkong kini dilanda badai apabila bintang ternamanya terjebak dalam skandal yang menghancurkan kerjaya mereka. Apabila bintang pujaan, baik pelakon atau penyanyi terjerat dengan perkara-perkara yang memalukan, nama baik mereka tercemar malah sesetengah peminat setia turut melahirkan kekesalan dan enggan memuja mereka lagi. Berikut dilaporkan kesan kisah skandal yang menggugat industri hiburan di kedua-dua negara.
SEISI dunia hiburan Korea digegarkan dengan pendedahan skandal demi skandal bintang popularnya sejak akhir-akhir ini.