Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Blanchett dan McConaughey raih Anugerah Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Oscar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Blanchett dan McConaughey raih Anugerah Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Oscar

Mar 03, 2014 | 02:48 PM



PELAKON Cate Blanchett meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya dalam filem Woody Allen, "Blue Jasmine".


Ini merupakan anugerah Oscar kedua bagi bintang asal Australia ini.


Beliau pernah meraih Anugerah Pembantu Wanita Terbaik selepas melakonkan watak Katharine Hepburn dalam filem Martin Scorsese, "The Aviator".


Blanchett berjaya menandingi pelakon lain dalam kategorinya seperti Amy Adams bagi filem "American Hustle", Sandra Bullock (Gravity), Judi Dench (Philomena) dan Meryl Streep (August: Osage County).


Sementara itu, Matthew McConaughey meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi lakonannya dalam filem "Dallas Buyers Club".


Dalam filem tersebut, McConaughey melakonkan watak seorang pesakit AIDS yang terdesak tetapi tidak pernah putus asa.


Untuk membawa watak tersebut, McConaughey sanggup mengurangkan berat badannya sebanyak 23 kilogram.


Ini merupakan pencalonan Oscar pertama buat McConaughey tetapi ternyata ia merupakan yang paling bermakna untuknya.


Antara pencalon lain bagi kategori ini termasuk Christian Bale (American Hustle), Bruce Dern (Nebraska), Leonardo DiCaprio (The Wolf of Wall Street) dan Chiwetel Ejiofor (12 Years a Slave.)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >