JADUAL waktu kerja fleksibel selaku pemandu khidmat sewa privet Uber membolehkan Cik Sri Cahaya Sjamsir, 42 tahun, menguruskan keperluan ahli keluarganya - menghantar arwah emak angkat dan kakak angkatnya menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.
Di samping itu, Cik Sri Cahaya dapat mengunjungi ibunya, 76 tahun, dan bapanya, 80-an tahun, lebih kerap.