Dunia tarian telah membawa perbezaan dalam diri beberapa pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan ramai teman sebaya mereka. Bagaimanakah belia diperkasa melalui kemahiran menari? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan di ambang fiesta tari ITE - Dance Emblazon 2017 - hujung minggu ini.
SEAWAL usia 17 tahun, penggiat tarian nekad breakdance, Encik Muhd Sufian Mohd Amir, sudah merantau ke kota peranginan Las Vegas di Amerika Syarikat bagi mewakili Singapura dalam satu peraduan antarabangsa.