Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Britain antara 10 negara nilai terbaik dilawati tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Britain antara 10 negara nilai terbaik dilawati tahun depan

Nov 20, 2017 | 05:30 AM



BRITAIN merupakan antara destinasi dengan nilai terbaik untuk dikunjungi tahun depan, menurut penerbit panduan melancong Lonely Planet, yang telah mengeluarkan senarai tahunan Melancong Terbaik.



Dipilih para editornya, para penulis dan rangkaian pakar pelancongan di serata dunia, senarai itu mengetengahkan 10 negara, bandar, wilayah dan destinasi dengan nilai terbaik untuk pelancong lawati pada tahun akan datang.



Mengaitkannya dengan nilai paun yang lemah berbanding nilai wang lain sejak referendum Brexit, Britain kini disenaraikan sebagai negara ketujuh dalam senarai tersebut bersama Poland dan La Paz di Bolivia.



Tempat teratas jatuh kepada Tallin, ibu kota Estonia dan bandar bajet yang menjadi favorit pelancong sejak sekian lama.



Laman Guardian pula melaporkan bahawa wilayah terbaik yang patut dikunjungi tahun depan ialah Belfast dan Causeway Coast - kedua-duanya di Ireland Utara - yang dipuji kerana membuat perubahan hebat sejak dua dekad lalu.



Ia menewaskan destinasi seperti Alaska dan Julian Alps di Slovenia (tangga kedua dan ketiga) - dua wilayah yang terkenal kerana landskapnya yang semula jadi.



Editor destinasi bagi Britain dan Ireland Lonely Planet, Encik James Smart, berkata:



"Sedang nilai paun tidak membawa berita begitu baik bagi pelancong Britain, ia menjadi rangsangan bagi mereka yang ingin melawat Britain dan kami jangkakan ini akan berterusan sehingga tahun depan."



"Belfast dan Causeway Coast berada di kedudukan tertinggi kami daripada 10 wilayah kerana ia kini dikenali sebagai destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong dari serata dunia.



"Belfast telah meninggalkan zaman lampaunya yang sedikit masa dahulu bermasalah.



"Wilayah itu mungkin dikenali kerana filem Game of Thrones, tetapi banyak penggambaran lokasi yang cantik merupakan daya tarikannya," kata Encik Smart.



Chile pula, yang akan menyambut kemerdekaan ke-200 pada tahun depan, dinamakan sebagai negara terbaik di dunia untuk dilawati, dengan penerbangan langsung dari London dan Melbourne, Australia, menjadikannya lebih mudah dikunjungi pelawat.



Ini disusuli Korea Selatan yang terus membangun pesat, termasuk sebuah taman baru di Seoul yang menyediakan kafe, bar dan perpustakaan.



Ia juga akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Musim Sejuk tahun depan di Pyeongchang.



Portugal berada di tempat ketiga dalam senarai negara terbaik diunjungi tahun depan.



Ia menandakan industri pelancongannya yang terus berkembang dan dilihat sebagai detinasi budaya, selain terdapat beberapa muzium baru.



Seville di Sepanyol pula kini dianggap sebagai bandar artistik yang perlu dilawati tahun depan.



Ia disifatkan sebagai bandar yang telah menjalani transformasi sejak sedekad lalu.



Ini disusuli oleh Detroit di Amerika Syarikat dan juga Canberra, Australia.




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg. Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >