Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Buang tongkat, boleh berjongkok hanya dua minggu lepas sertai latihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Buang tongkat, boleh berjongkok hanya dua minggu lepas sertai latihan

Oct 04, 2018 | 05:30 AM



DENGAN mudah, Cik Noor Azni Yahya berjongkok bagi mengambil bola di lantai.



Namun, tidak dapat beliau bayangkan, sebelum menyertai Walking Football4Health sekitar dua bulan lalu, perbuatan sedemikian begitu payah bagi ibu enam anak itu.



Mentelah, mahu berdiri dan berjalan pun beliau perlu menggunakan tongkat.



Guru tadika berusia 62 tahun itu berkata:



"Sebelum ini, memang payah bagi saya mengangkat kaki dan naik tangga, apatah lagi berjongkok,



"Alhamdulillah, dalam dua minggu pertama setelah saya menyertai 'Walking Football4Health' dan program pengurusan kesihatan yang diberikan Cik Dee Dee Mahmood, rasa sakit di kaki terus hilang dan saya tidak lagi perlu menggunakan tongkat," tambah Cik Noor Azni.



Beliau mula mengetahui akan kegiatan tersebut setelah bertemu dengan Cik Dee Dee Mahmood di satu kursus.



Dari situ, beliau dinasihati agar mengurangkan berat badannya supaya ia membantu meredakan rasa sakit di kaki, lantas memudahkan pergerakan dan menjadikan badan lebih sihat.



Atas dorongan tersebut, di samping keazaman tidak mahu terlalu berharap pada tongkat, beliau mula menyertai Walking Football4Health.



Menurut beliau, perubahan ketara yang perlu beliau terapkan adalah mengubah dan menyesuaikan cara pemakanan beliau supaya ia boleh diterapkan sebagai amalan gaya hidup sihat kehidupan sehariannya.



Ini memandangkan beliau perlu mengurangkan makanan berkanji dan perlu makan mengikut ketetapan bahan makanan yang disyorkan.



"Saya menukar cara pemakanan supaya mengikut sukatan yang digalakkan, di samping makan secara tetap kerana sebelum ini, saya tidak makan jadi badan cepat sakit kerana tidak ada tenaga," ujar Cik Noor Azni.



Justeru, dengan senyuman terukir di wajahnya, beliau menjelaskan di samping keadaan kakinya yang tidak lagi sakit seperti sebelumnya, berat badan beliau turun dari 107 kilogram kepada 104 kilogram dalam masa dua bulan.



"Secara fizikal memang tidak boleh dilihat tapi saya rasa kelainannya dan kini lebih bertenaga.



"Saya ingin menggalakkan warga emas, kalau boleh, jangan sentiasa duduk di rumah - keluar rumah, walaupun dengan cucu dan berjalan atau selesai solat subuh, berjalan di kawasan perumahan,'' jelas Cik Noor Azni.




"Sebelum ini, memang payah bagi saya mengangkat kaki dan naik tangga, apatah lagi berjongkok. Alhamdulillah, dalam dua minggu pertama setelah saya menyertai Walking Football4Health dan program pengurusan kesihatan yang diberikan Cik Dee Dee Mahmood, rasa sakit di kaki terus hilang dan saya tidak lagi perlu menggunakan tongkat.''
- Cik Noor Azni Yahya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >