ENCIK Mohammad Faizal Mahadi nekad meletakkan satu sahaja pilihan kursus ketika memohon bagi meneruskan pengajian ke politeknik selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' lebih sedekad lalu.
Beliau begitu yakin kursus yang julung-julung kalinya dikenalkan di Politeknik Temasek iaitu Diploma Pengurusan dan Perkhidmatan Penerbangan merupakan laluan pembuka rezeki baginya menceburi sektor penerbangan.