Bufet antarabangsa bagi iftar Ramadan
Jul 04, 2015 | 05:30 AM
LEBIH daripada 30 jenis hidangan antarabangsa dan juga tempatan disediakan khas buat juadah berbuka puasa di restoran The Promenade di Hotel Grand Copthorne Waterfront.
Dari 3 hingga 5 Julai, pengunjung berpeluang menikmati suasana malam dan pemandangan indah Sungai Singapura sambil menikmati bufet halal yang telah disahkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).