SEMASA mengandung anak keduanya tahun lalu, Cik Nur Aidah Abdul Rauf, 33 tahun, mengubah pemakanannya. Beliau mula mengamalkan minum jus sayur atas nasihat doula (wanita yang memberi sokongan kepada wanita hamil dan masa kelahiran bayi).
Menurut Cik Nur Aidah, beliau membuat jus sayur dengan mengisar secawan sayur hijau seperti bayam berdaun kecil (baby spinach) bersama setengah cawan buah-buahan dan mencampurkan sedikit air. Jus itu diminum setiap hari sepanjang kehamilannya. Apabila mencecah trimester ketiga, beliau minum jus tersebut setiap pagi dan malam.