Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Buku tingkat kesedaran masyarakat tentang keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan warga tua

Dec 23, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS 15 tahun, akhirnya Rose (bukan nama sebenar) terlepas dari cengkaman ganas suaminya, Gopal.



Rose, seorang yang pekak dan bisu sering dipukul dan diterajang suaminya.



Apabila marah, Gopal akan melempar barang-barang dalam rumah seperti buku, makanan dan pakaian dilempar.



Bukan itu sahaja.



Empat orang anak mereka berusia antara tiga tahun dengan 14 tahun turut menjadi mangsa rembatan ayah mereka.



Ini merupakan antara kisah yang dipaparkan dalam buku terbaru Pave berjudul When Love Hurts - Stories of Women, Men and Children Learning to End the Violence in their lives.



Buku tersebut yang diterbitkan Straits Times Press mengumpulkan kisah-kisah keganasan yang dialami mangsa, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan juga warga tua.



Pave, sebuah pertubuhan yang yang menawarkan khidmat bersepadu terhadap keganasan ditubuhkan untuk menggalak masyarakat bebas dari keganasan menerusi kolaborasi, usaha memperkasa dan sokongan.



Menceritakan tentang pengalamannya selaku pekerja sosial utama di Pave sepanjang 10 tahun, Cik Adisti Jailani berkata terbitnya keinginan pihaknya untuk menghasilkan buku itu ialah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa isu keganasan itu masih tetap wujud.



"Mungkin ada yang berpendapat kisah keganasan bukan lagi sesuatu isu yang mendapat perhatian ramai.



"Tetapi sebenarnya ia masih lagi berlaku. Justeru ia amat diharapkan agar kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan inspirasi serta memberi harapan kepada mereka yang mungkin mengalami pengalaman serupa bahawa ada bantuan yang disediakan jika mereka terjerumus dalam keadaan sedemikian," ujarnya.



Pave telah mengendalikan lebih 20,000 kes keganasan keluarga sejak ia ditubuhkan pada 1999.



Sepanjang tempoh tersebut, 90 peratus daripada profil mangsa merupakan wanita, kanak-kanak dan warga emas.



Menurut Cik Adisti, jauh daripada pendapat umum bahawa keganasan sering berlaku apabila pelaku mengalami masalah mental, tekanan atau dibelenggu masalah kewangan, sebenarnya keganasan merupakan satu pilihan.



Keganasan, kata Cik Adisti, berlaku apabila terbit kepercayaan dalam diri si pelaku bahawa tindakan mereka itu wajar.



"Tidak kira si pelaku itu lelaki atau wanita, sekiranya si pelaku mampu menguasai dan mengawal mangsa, keganasan boleh berlaku," katanya.



Ditanya mengapa mangsa sering kali sanggup setia bersama pelaku meskipun teruk didera, Cik Adisti yang mempunyai sarjana dalam kerja sosial daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata antara sebabnya ialah mangsa percaya pelaku mampu berubah.



"Atas dasar cinta selalunya, mangsa sanggup diri disakiti kerana ingin memberi peluang kepada pelaku untuk berubah.



"Tetapi ia tidak sebegitu," ujar Cik Adisti.



Ada pula, perasaan takut mungkin membelenggu si mangsa sehingga takut untuk mengambil tindakan.



Tambahnya, mangsa akan hanya mendapatkan bantuan profesional apabila mereka tidak lagi boleh tahan dengan keadaan yang mereka alami.



Lantaran itu, Cik Adisti amat berharap dengan adanya buku ini ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa bantuan ada yang tersedia jika mereka memerlukan.



"Mereka yang prihatin terhadap anggota keluarga atau teman yang didera juga boleh menghubungi kami," ujarnya.



Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku ini, boleh dibeli di stpressbooks.com.sg pada harga $28.04.




"Mungkin ada yang berpendapat kisah keganasan bukan lagi sesuatu isu yang mendapat perhatian ramai. Tetapi sebenarnya ia masih lagi berlaku. Justeru ia amat diharapkan agar kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan inspirasi serta memberi harapan kepada mereka yang mungkin mengalami pengalaman serupa bahawa ada bantuan yang disediakan jika mereka terjerumus dalam keadaan sedemikian."
- Cik Adisti Jailani, pekerja sosial utama di Pave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >