Bunga dalam kalangan 'kumbang' 'rap'
Jul 27, 2019 | 05:30 AM
DENGAN penampilan sopan berbaju kurung dan bertudung, gadis dengan nama pentas Bunga melontarkan lirik dalam irama 'rap' bak peluru berpandu.
Bunga, yang nama sebenarnya ialah Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 19 tahun, bahkan membuat wartawan The New York Times dan Bloomberg kagum hingga ingin merakam perjalanan seninya.