Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cabaran penutup botol turut tular dalam kalangan artis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BAHANG MEDIA SOSIAL

Cabaran penutup botol turut tular dalam kalangan artis

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



CABARAN demi cabaran dibentangkan di media sosial dan menjadi tular dalam kalangan selebriti serta orang awam.



Pada Julai 2018, cabaran yang dipanggil In My Feelings atau lebih dikenali sebagai Keke Challenge menggegarkan dunia Internet.



Selebriti dilihat menari di luar kenderaan atau tempat terbuka dengan menggunakan lagu penyanyi antarabangsa Drake, In My Feelings, sebagai lagu latar.



Antara selebriti yang telah melakukannya termasuk penyanyi Malaysia, Siti Sarah dan pelawak Hollywood, Will Smith.



Tahun ini, cabarannya berbeza pula dan agak mencabar berbanding trend Keke Challenge.



Laman media sosial pula dibanjiri tanda pagar atau 'hashtag' #BottleCapChallenge.



Orang ramai diminta membuka penutup botol dengan tendangan gaya sisi atau sidekick tanpa menjatuhkan botol tersebut.



Bagi membuat aksi itu dengan sempurna, anda perlu meletakkan botol pada permukaan yang rata dan membuka penutupnya dengan tendangan berputar atau 'round house' yang digunakan dalam seni pertahankan diri campuran.



Bagaimana Cabaran #BottleCapChallenge yang turut dilakukan bintang Bollywood, Salman Khan dan penyanyi setempat, Ryan Sufiyan ini bermula?



Laman Pop Sugar menjelaskan trend tersebut bermula apabila juara kelas feather Kejuaraan Ultimate Fighting (UFC) Seni Mempertahankan Diri Campuran, Max Holloway dan pereka fesyen, Errolson Hugh mencabar penyanyi John Mayer agar mengambil bahagian dalam 'sukan' yang sedang mencipta satu fenomena dan 'trending' di media sosial.



Holloway malah memuat naik video pada laman Instagramnya dan mencabar Mayer.



"Saya ingin mencabar John Mayer. Jika anda tidak dapat menyelesaikan cabaran ini, anda perlu datang ke Hawaii selepas konsert jelajah anda dan 'menendang' tutup botol itu bersama kami sehingga sempurna," kata Holloway dalam akaun Instagram.



Mayer menyahut cabaran tersebut dan memuat naik video menerusi laman Instagram peribadinya serta mencabar pelakon Jason Statham agar membuka penutup botol dengan cara yang luar biasa.



Rata-rata, warganet atau 'netizen', olahragawan dan selebriti Nusantara serta antarabangsa tidak melepaskan peluang turut serta dalam cabaran tersebut.



Ini termasuk pelakon filem Paskal, Hairul Azreen dan penyampai radio ERA di Malaysia, Radin.



Penyanyi Indonesia, Yura Yunita dan pelantun lagu Sixteen, Ellie Goulding, juga teruja dengan cabaran itu.



Paling menakjubkan adalah pelakon IP Man, Donnie Yen, yang menyepak terajang penutup botol dengan mata tertutup.



Penyanyi bersuara lantang, Mariah Carey pula cuba membuka penutup botol dengan menyanyi menggunakan suaranya yang lantang!



Namun, bukan manusia sahaja yang terjebak dengan cabaran ini.



Laman New York Post melaporkan sebuah robot, RoboRaise, dicipta di Makmal Sains Komputer dan Kecerdasan Buatan (AI), Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bagi melakukan #BottleCapChallenge itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >