Seramai 35 penggerak perusahaan sosial dari merata dunia berhimpun di Singapura bagi Program Usahawan Sosial Muda (YSE) kendalian Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF), baru-baru ini. Tujuh pasukan terpilih bagi memulakan usaha niaga sosial ini dengan bantuan geran sehingga $20,000 setiap pasukan. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
DENGAN sijil kejuruteraan yang dimiliki daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tanpa sebarang minat menceburi bidang tersebut, Encik Aminur Rasyid Mohamed Anwar masih keliru dengan arah tujunya.