Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cari pasangan hidup melalui 'teka-teki', melancong ke Kukup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cari pasangan hidup melalui 'teka-teki', melancong ke Kukup

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



TEBARKAN rangkaian kenalan dengan menyertai kegiatan menyeronokkan yang menguji ketangkasan minda seperti menghurai teka-teki dalam permainan strategi di ruang lepas bebas atau 'Escape Room'.



'Escape Room' menyediakan kegiatan riadah di mana sekumpulan individu dikunci rapi dalam bilik bertema, baik seram, fantasi atau jenayah, dan diminta menyelesaikan pelbagai teka-teki dan misteri mengikut masa yang ditetapkan.



Melancong ke kampung nelayan Kukup sambil menghirup udara segar di Tasik Biru Kangkar Pulai.



Selain bergambar di tempat-tempat indah untuk dimuatnaikkan ke Instagram, anda juga boleh menaiki go-kart, menyanyi karaoke atau menyaksikan bunga api dalam program dua hari satu malam.



Itulah antara kegiatan anjuran agensi dating swasta yang diiktiraf Rangkaian Pembangunan Sosial (SDN) menjelang atau sesudah cuti Tahun Baru 2019.



Tujuan kegiatan diadakan adalah bagi individu bujang memperluas rangkaian kenalan dengan cita rasa serupa di samping meninjau kemungkinan mencari jodoh menerusi acara yang disertai.



Dalam pada itu, tahun ini, SDN telah menggiatkan kegiatan sosialnya khususnya menerusi program dua kali setahun, Spark Connections, yang diadakan antara 5 Oktober dengan 18 November lalu.



Kegiatan yang diadakan terbahagi kepada enam kategori iaitu 'Be Adventurous' (kegiatan luar dan kembara), 'Be Entertained' (acara seni yang menghiburkan), 'Get Active' (kegiatan kecergasan dan kesihatan), 'Enrich Me' (bengkel pendidikan dan pengayaan), 'Surprise Me' (pelayaran beramai-ramai) serta 'Dine & Meet' (sesi makan bersama).



Dalam kenyataan SDN, Pengerusi Bersama Majlis SDN yang baru dilantik, Encik Douglas Foo menggalakkan golongan bujang merebut peluang memperluas rangkaian kenalan secara proaktif bagi membolehkan mereka menjalin hubungan atas dasar perkongsian minat serupa.



"Tentunya seronok melihat anak muda menambah kenalan baru dan siapa tahu bertemu jodoh hasil kegiatan yang diadakan.



"Spark Connections adalah wadah yang baik untuk mereka terokai dalam menjalin persahabatan dengan kenalan baru di samping menikmati kegiatan yang menyeronokkan," kata Encik Foo.



Keterangan lanjut mengenai kegiatan SDN boleh diperolehi menerusi laman www.sdn.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >