Cef luang masa bersama keluarga menerusi penyertaan dalam Chingay, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19
Gaya Hidup0

Cef luang masa bersama keluarga menerusi penyertaan dalam Chingay

Feb 16, 2019 | 05:30 AM

Perarakan Chingay merupakan acara tahunan yang ikonik yang mempamerkan pelbagai budaya yang unik di Singapura. Diadakan buat kali pertama pada 1973, acara tersebut dipenuhi persembahan yang bersemangat dengan para peserta memakai pakaian menarik dan menggunakan prop dan struktur yang mengetengahkan persembahan kebudayaan dari seluruh dunia. BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa peserta yang mengambil bahagian dalam Chingay tahun ini.

SEBELUM ini tugasnya membawanya ke merata negara hingga terpaksa berjauhan dari keluarga buat masa yang lama.

Apabila mendapat kesempatan membuat persembahan untuk Perarakan Chingay 2019 bersama keluarganya beliau tidak melepaskan peluang demi mencuba sesuatu yang baru untuk merapatkan lagi hubungan bersama anak-anak dan isterinya.

Malah bukan anak-anak isterinya sahaja, tetapi kakak dan anak-anak saudaranya, turut ikut serta menjadikan jumlahnya sepuluh orang kesemuanya.

Encik Shukor Sazali Ahmad, 38 tahun, Ketua Cef Serantau, Pezzo Group, bersama keluarga besarnya ini mendedikasikan masa mereka dua minggu sekali selama tiga bulan untuk berlatih menari.

Berita Popular

Ternyata aktiviti sebegini lain dari meluangkan masa membawa keluarga keluar makan, bercuti ke luar negara, berkaraoke dan sebagainya.

Kerana, aktiviti sebegini memerlukan lebih banyak interaksi. Dan dari interaksi ini, beliau lebih dapat mengenali ahli keluarganya dan merapatkan lagi hubungan mereka.

"Saya dapat luangkan masa dengan keluarga saya, berkenalan dengan kawan baru, kenal adik-beradik dan anak-anak saudara dengan lebih rapat," katanya dengan ceria dan menjelaskan aktiviti sebegini memerlukan lebih banyak interaksi. Dan dari interaksi ini, beliau lebih dapat mengenali ahli keluarganya dan merapatkan lagi hubungan mereka.

Sebagai contoh, beliau tidak sangka isterinya pandai menari dan mereka turut bernostalgia saat isterinya melibatkan diri dalam bidang tarian sewaktu zaman sekolah dahulu.

Beliau yang sendiri pernah aktif dalam dikir barat dan silat turut melihat minat anak sulungnya dalam bidang tarian walaupun anaknya itu seorang yang pemalu.

Beliau juga mendapati kedua-dua anak perempuannya suka berjenaka.

Isterinya pula, Cik Zuraidah Mohamad Zain, 38 tahun, seorang pegawai imigresen, teruja pertama kali melihat bakat suaminya menari.

Sesuatu yang baru yang dikongsi bersama seluruh keluarga. Beliau turut melihat peluang ini baginya untuk bersenam.

Tambahnya: "Kami menyokong antara satu sama lain. Anak bongsu saya tidak suka (pada awalnya) pakai pakaian Melayu tetapi kita sokong dan jelaskan ianya untuk perkenalkan budaya kita kepada orang lain."

Anak-anak mereka, Syukrina Adlina Shukor Sazali, 12 tahun, dan Syukrina Adriana Shukor Sazali, 11 tahun, turut turut berasa gembira dapat berseronok bersama seisi keluarga. Malah mereka turut berlatih di rumah bersama-sama sebagai persiapan tambahan.

Ia sesuatu yang berbeza dari rutin makan di luar atau bercuti di Malaysia.

Bagi kakak Encik Shukor pula, Cik Suzanah Ahmad, 49 tahun, beliau seronok dapat mengenali kawan baru seperti seorang peserta Jepun dari kumpulan peserta lain.

Beliau dan anak-anaknya turut minat dalam bidang tarian.

Malah, dua anaknya merupakan ahli kumpulan Sri Warisan dan anak sulungnya pula pernah menganggotai Sriwana.

Selain dari dapat merapatkan hubungan dengan anak-anaknya beliau juga dapati pengalaman ini telah merapatkan silaturahim dengan anak-anak saudaranya yang lain yang sebelum ini hanya berjumpa sewaktu majlis perkahwinan saudara-mara sahaja.

  • Nenie Kairuman seorang penulis sambilan.

"Saya dapat luangkan masa dengan keluarga saya, berkenalan dengan kawan baru, kenal adik-beradik dan anak-anak saudara dengan lebih rapat."
- Encik Shukor Sazali Ahmad, 38 tahun, Ketua Cef Serantau, Pezzo Group.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map