Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cerita fantasi 'bergegar' dalam gitar rok Addy Cradle

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cerita fantasi 'bergegar' dalam gitar rok Addy Cradle

Jul 17, 2018 | 05:30 AM



MAT Rok dan Minah Rok yang sukakan petikan 'garing' gitar dibawa ke alam fantasi 'wira gitar' Addy Cradle dalam menyelongkar Legenda Ryu Wuri.



Minda ditebarkan ke dalam dunia di mana wujud pertelagahan antara dua empayar gergasi.



Si pembunuh upahan, Ryu Wuri, ingin membalas dendam. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan si raja gila kuasa, Rajjati Vera Na serta puteri srikandi, Dewi Purnama Sahri.



Lembaran kisah ini dibuka satu- persatu menerusi pembacaan buku tulisan Addy, Transcendence - Legend of Ryu Wuri di Studio Resital Esplanade kelmarin.



Buku tersebut disisipkan dalam album yang padat dengan lagu instrumental serta sebuah lagu yang dinyanyikan Addy sendiri.



Muzik segar yang mengingatkan saya tentang irama 'fusion' campuran muzik tradisi dari India, China, Indonesia, Jepun dan Timur Tengah itu kemudian disajikan dalam satu konsert mini sempena Pesta Raya 2018.



Konsert Transcendence - Legend of Ryu Wuri itu merupakan acara berbayar yang menutup tirai pesta selama empat hari.



Secara peribadi, saya melihat usaha Addy yang nama sebenarnya Addy Rasidi, 43 tahun, sebagai satu pembaharuan yang boleh diteladani pemuzik tempatan lain.



Kalau di peringkat antarabangsa, penggubah lagu asal Jepun Kitaro popular dengan gubahan lagu instrumentalnya yang membangkitkan semangat dan lunak didengar telinga, kita perlukan tenaga serupa dalam muzik Singapura.



Addy telah membuka langkah mengarang kisah fantasi persis filem epik dan legenda yang boleh dijadikan pedoman bersama. Isu kemanusiaan dan kepimpinan dikupas.



Selama sejam, dalam suasana gelap-gelita, layar yang menutupi paparan sebenar Addy dan rakan-rakannya, memancarkan imej dan video yang membantu dalam penceritaan legenda ini.



Penglibatan pelukis tempatan, Muhammad Izdi, yang melakar komik dan seniman video Wu Jun Han dalam persembahan ini menandakan bahawa gabungan bakat kreatif boleh menjana produk yang dibanggakan.



Diharapkan usaha Addy yang antara lain menyajikan lagu Purnama, Risiko, Khalifa, Secrets, dan The Heart tidak terhenti sebagai acara Pesta Raya semata-mata.



Ideanya ini boleh dikembangkan kepada muzikal atau taridra pada skala besar.



Hanya satu sahaja yang mungkin boleh diperbaiki - pembacaan kisah oleh sang pencerita yang terbenam dek muzik kuat. Selebihnya, ia merupakan konsert rok mini dengan kelainan unsur fantasi. Syabas buat Addy dan pihak penerbitan yang diterajui aktivis seni, Norisham Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >