Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

'Cilik Skool' latih kemahiran seni dan bahasa anak-anak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Cilik Skool' latih kemahiran seni dan bahasa anak-anak

Mar 08, 2018 | 05:30 AM



USAHA memupuk minat si cilik terhadap seni dan bahasa telah digerakkan sekali lagi oleh badan seni berbilang disiplin Variasi Performing Arts, baru-baru ini.



Program Cilik Skool kembali bagi musim kelima dengan kegiatan khusus bagi kanak-kanak berusia antara enam dengan 12 tahun.



Matlamat utamanya sejak ditubuhkan pada 2013 adalah membangun kecenderungan kanak-kanak dalam bidang seni dan bahasa secara interaktif.



Modul seperti Tarian Tradisional (Zapin dan Asli), Latihan Vokal dan Muzik akan dikendalikan sepanjang tempoh enam bulan. Setiap sesi makan masa selama dua jam.



Pembangunan watak dan pembelajaran emosi sosial turut diterap dalam diri agar mereka mampu menghayati nilai, kesantunan bahasa dan adab.



Kata Naib Presiden Variasi Performing Arts, Raja Siti Nurhudah:



"Sejak 2013, kami berjaya melatih seramai 100 pelajar menerusi program Cilik Skool. Mereka dapat mempertingkat kemahiran seni persembahan dan pembangunan watak masing-masing.



"Lebih daripada itu, mereka dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik menerusi kaedah seni yang turut mendekatkan mereka dengan penggunaan bahasa Melayu yang lebih teratur.



"Kami juga mempunyai jurulatih berpengalaman dari pelbagai latar belakang. Ada guru bahasa Melayu dan guru seni yang sama-sama memeriahkan program Cilik Skool ini dengan misi membimbing si kecil."



Program ini turut mendapat geran sokongan daripada Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Antara kegiatan yang disertai pelajar daripada program ini termasuk Tunas Berseni bersama Sri Warisan, Gentarasa serta pelbagai acara kemasyarakatan dan penerbitan lain.



Cilik Skool dikendalikan di Kelab Masyarakat Canberra. Hubungi talian 9881-8366 atau 9800-2551 bagi keterangan lanjut.



Anda juga boleh mengirimkan e-mel ke variasi.performingarts@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >