Cinta dalam calitan sejarah pelukis Kartika dengan S'pura
Seniman mapan Indonesia turut kongsi perihal daya kreatif bapa menerusi ceramah
Jun 24, 2016 | 05:30 AM
KALI pertama pelukis Indonesia Kartika Affandi menjejakkan kaki ke Singapura adalah kali pertama juga beliau bersua dengan pemuda yang kemudian menjadi suami.
Pada waktu itu, sekitar 1949, Cik Kartika baru berusia 15 tahun. Beliau singgah ke sini bersama ibu bapa sebelum meneruskan perjalanan ke Kolkata menaiki kapal.