Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cipta beg mudahkan karyawan kembara bagi urus niaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cipta beg mudahkan karyawan kembara bagi urus niaga

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



SEWAKTU bekerja sambil belajar di Hotel Novotel Singapore On Stevens selama sembilan bulan, Encik Muhammad Nur Aliff Tiruan ditugaskan meninjau keperluan dan cita rasa tetamu hotel.



Antara yang menjadi keprihatinannya adalah bilangan bagasi yang banyak dibawa tetamu yang ke Singapura atas urusan perniagaan.



Lantaran itu, bagi projek tahun akhirnya, Encik Muhammad Nur Aliff, 22 tahun, mencipta beg pelbagai kegunaan yang boleh dilekapkan dengan dua beg lebih kecil.



Menurutnya, konsep beg sebegini memudahkan pengguna yang tidak perlu risau apabila perlu membawa bermacam barangan penting seperti komputer riba, sut niaga dan keperluan lain sekali gus.



"Saya kasihan melihat karyawan luar negara ini datang dengan bermacam-macam beg perlu ditarik atau dibimbit sampaikan sut kemas ronyok.



"Beg yang saya cipta ini akan memudahkan mereka menyimpan barangan secara selamat kerana ada banyak ruang dan saku yang tersedia di dalamnya.



"Pasport, dompet dan keperluan lain yang mustahak boleh disimpan dalam ruang terselindung agar tidak mudah dicapai pencopet.



"Beg lebih kecil juga boleh dilekapkan pada beg kanvas ini," katanya.



Antara cabaran yang dihadapi pelajar jurusan reka bentuk perusahaan ini adalah dalam mencari bahan sesuai bagi beg ciptaannya.



"Saya ingin mencari bahan yang kalis air. Sewaktu meninjau di kedai-kedai sekitar Beach Road pula, saya menghadapi masalah bertutur secara lancar dengan penjual yang tidak memahami bahasa Inggeris atau Melayu. Mujurlah, ada teman Cina yang menterjemahkannya untuk saya," jelasnya lagi.



Encik Muhammad Nur Aliff melihat potensi bidang rekaan di Singapura sebagai luas. Bermacam-macam idea kreatif boleh dijana dari masa ke masa.



"Lihat sahaja peluang bekerja di hotel. Saya sendiri tidak sangka dapat meninjau industri layanan tamu sedangkan saya pelajar jurusan rekaan.



"Tugas di hotel mengajar saya mempelajari cara memahami cita rasa setiap tetamu hotel. Pernah juga kami ditugaskan melipat risalah hotel seperti kerja seni origami bagi memenuhi minat mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >