Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cipta lagu buat ayah yang sudah tiada

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cipta lagu buat ayah yang sudah tiada

Apr 19, 2019 | 05:30 AM



APABILA ayah tercinta pergi buat selama-lamanya, penggubah lagu dan penyanyi asal Jember, Indonesia, Adi Priyo Sambodo, mendapat inspirasi merakam dan menghayati single terkininya, Aku Cinta Mati.



Beliau yang kini berpangkalan di Malaysia begitu sedih kerana tidak berpeluang kembali ke Indonesia pada waktu itu kerana sibuk dengan tugasan.



Sebagaimana kongsi penghibur berusia 35 tahun itu dalam satu wawancara di pejabat Mediacorp baru-baru ini:



"Detik pilu itu bermakna dalam saya merakamkan Aku Cinta Mati. Saya juga berharap orang ramai dapat menghayatinya sesedih apa yang saya rasakan."



Lagu itu single keduanya selepas Pinjamkan Hatiku, lagu duet yang didendangkan bersama Ayda Jebat.



Ia membawa maksud mencintai seseorang sedalamnya hati. Jika dilihat dari sudut kerohanian pula, ia juga lagu lafaz kasih antara manusia dengan Sang Pencipta.



"Saya menganggap lagu ini istimewa kerana ia diterbitkan sendiri. Ternyata bukan senang terbit lagu sendiri kerana kita harus mengurus sendiri dan menasihatkan diri sendiri sama ada lagu yang dinyanyikan itu sesuai atau tidak dari segi susunan muzik. Biar iramanya sederhana tetapi berkesan," katanya.



Ternyata, Aku Cinta Mati begitu digemari ramai. Dalam masa seminggu lagu itu dimuatnaikkan ke laman YouTube, tontonannya sudah mencecah 4,000 orang.



Adi ke Singapura bagi mempromosikan lagu terbarunya itu.



Dalam perkembangan lain, beliau juga terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik gabungan Malaysia dan Indonesia, 6ixth Sense.



Beberapa nama besar dalam industri muzik Malaysia juga pernah menyanyikan lagu ciptaannya.



Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip, misalnya, mendendangkan lagu Muara Hati ciptaannya.



Lagu 'meletup' Kisah Hati pula dinyanyikan Alyah manakala Hazama pula membawa lagu Ku Relakan Jiwa ciptaan Adi.



Ditanya mengenai proses mencipta lagu, beliau berkata:



"Saya menulis lagu secara spontan di kala orang memerlukannya daripada saya. Saya juga amati cita rasa mereka dan pastikan hasilnya bersesuaian dengan apa yang mereka mahukan.



"Malah, lagu paling cepat yang pernah saya tulis adalah Yang Sempurnakanku yang didendangkan 6ixth Band. Ia hanya mengambil masa 10 minit untuk siap.



"Muara Hati pula makan masa dua hari kerana ia dibuat khusus bagi drama Adam dan Hawa.



"Saya harus meneliti dahulu jalan cerita drama itu dan memastikan apa yang saya cipta kena dengan sinopsis drama."



Beliau akur pada awal perjalanan seninya di Malaysia, dirinya tertanya-tanya sama ada lagu seorang penggubah dari Indonesia mampu diterima pendengar Malaysia.



Tidak kurang pula pendengar Indonesia yang merasakan Adi, bapa seorang anak lelaki, harus balik kampung ke Indonesia bagi membina namanya di sana.



Adi kini berharap dapat menerbitkan album buat kumpulan 6ixth Sense.



Beliau juga ingin mencari gandingan duet bersama penyanyi wanita bagi mendendangkan lagu Timur Tengah dan ghazal.



  • Siti Nurashika Mohd Ali ialah penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >