Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ciptaan kreatif diiktiraf dalam buku gubahan bunga terbaik dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ciptaan kreatif diiktiraf dalam buku gubahan bunga terbaik dunia

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



KERJAYA yang dibina Cik Hamidah Abdul Karim hampir tiga dekad lamanya dalam sektor pelancongan dilepaskan dua tahun lalu demi cinta terhadap seni gubahan bunga.



Ternyata, pengorbanan yang diambil ibu tiga anak gadis itu membawa nikmat rezeki bahkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.



Gubahannya itu dipaparkan dalam buku gubahan bunga terbaik sedunia, International Floral Art 2016-2017, yang diusahakan firma penerbitan buku gaya hidup Belgium, Stichting Kunstboek.



Cik Hamidah, 40-an tahun, mantan pengurus agensi pelancongan, terharu hasil daya kreatifnya disenaraikan dalam kalangan 182 penggubah bunga terhebat serata dunia.



Di peringkat saringan, seramai 238 penggubah bunga mengirimkan penyertaan.



Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) Stichting Kunstboek, Encik Jaak Van Damme, menjelaskan dalam prakatanya:



"International Floral Art ini ialah bukti bahawa wujud kerencaman yang terdapat dalam konsep kecantikan.



"Setiap gubahan yang terpilih itu ialah gambaran terhadap personaliti dan pelambangan takrifan unik dan asli mengenai kecantikan dari kaca mata seorang penggubah bunga."



Mengulas pencapaiannya, Cik Hamidah, yang pernah mewakili Singapura ke Sidang Puncak Majlis Bunga Sedunia 2015 di Bogota dan Cali, Colombia, berkata:



"Setiap penggubah bunga profesional impikan karyanya akan disisipkan dalam buku gubahan terbaik antarabangsa ini.



"Saya mengirim penyertaan saya tiga tahun lalu dan pihak penerbit meminta sekurang-kurangnya dua lagi gubahan bagi penilaian.



"Setelah 10 tahun memperkasa kemahiran menggubah bunga dan menjalankan kajian, kepuasannya memang terlalu banyak.



"Daripada hanya mengambil kursus Diploma Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dalam Pengurusan Penjualan Bunga kendalian Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA), saya kini mampu mengajar wanita ekspatriat teknik menggubah bunga.



"Cinta terhadap bunga juga bawa saya menjelajah ke luar negara, di samping menawarkan khidmat kebajikan kepada anak yatim di Darul Ihsan dan pesakit ginjal di Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam."



Cik Hamidah juga mentor Program Memperkasa Remaja Perempuan (EPG) Mendaki.



"Bunga mewarnai kehidupan saya. Saya gembira dapat melibatkan anak dan suami dalam kembara bunga saya.



"Mengendalikan perniagaan sendiri juga memberi saya masa bermutu buat anak, di samping terlibat dalam kerja kemasyarakatan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >