Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ciri, ruang bijak dalam kereta Octavia buat seisi keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ciri, ruang bijak dalam kereta Octavia buat seisi keluarga

Sep 27, 2019 | 04:25 PM



RUANG yang besar adalah satu keperluan bagi setiap pemandu kereta.

 

Lagi-lagi kalau anda mempunyai anak kecil, dan memerlukan ruang untuk meletak kereta dorong bayi.

 

Dengan kereta Škoda yang baru ini, anda tidak perlu risau lagi tentang ruang yang terhad.

 

Kereta Octavia ini menyediakan ruang yang anda perlukan, sama ada ruang untuk duduk, atau ruang untuk meletak pelbagai barang. 

 

Dengan ruang kaki yang besar dan ruang but kereta yang boleh menampung 590 liter, atau 1580 liter apabila kerusi belakang dilipat, kereta ini pasti membuat perjalanan yang jauh lebih selesa.

 

Tambahan pula, Octavia menawarkan ruang but yang terbaik dalam kelasnya lantaran desain ‘liftback’ yang terdapat padanya.

 

Desainnya bukan sekadar cantik dipandang mata, namun, ia juga bijak.

 

Anda boleh menyimpan makanan atau minuman sejuk di ruang yang berhawa dingin di kotak sarung.

 

Terdapat juga tempat letak botol yang boleh menampung botol sebesar 1.5 liter dan ruang kalis air untuk menyimpan payung di bawah tempat duduk penumpang.

 

Terdapat juga ciri-ciri yang amat bijak seperti cangkuk untuk menggantung barang pasar, serta memastikan pakaian sukan anak anda sentiasa rapi.

 

Octavia bukan sahaja sebuah kereta sedan yang luas lagi selesa, bahkan ia juga tidak menghampakan harapan pemandu dari segi kuasa tenaga pandunya.

 

Dengan enjin berkuasa turbo 1.4 liter, dilengkapi kuasa 148bhp dan torque sebanyak 250Nm, kereta ini pasti menyediakan pengalaman memandu yang senorok lagi berkuasa tinggi. 

 

Inilah tambahan bonus khas kereta sedan ini buat seisi keluarga.

 

Sekiranya anda ingin mendengar lagu kegemaran anda ketika memandu, anda tidak perlu khuatir kerana roda stereng kereta ini mempunyai pelbagai fungsi yang mampu mengawal radio dan telefon bimbit anda.

 

SmartLink+ membolehkan anda menyambungkan telefon bijak anda dengan kereta ini.

 

Dengan sistem navigasi Columbus 3D, anda tidak perlu bimbang akan lewat tiba ke mesyuarat atau ke mana-mana.

 

Dengan skrin 9.2 inci yang boleh dikawal dengan sentuhan, ia menawarkan fungsi seperti Bluetooth, SmartLink+ dan WiFi.

 

Dengan teknologi ini, mustahillah jika anda ‘sesat’ mencari destinasi anda!

 

Keselamatan juga menjadi keutamaan dalam kereta Octavia ini.

 

Secara keseluruhan, Octavia mempunyai tujuh beg udara (air bag) termasuk beg udara pemandu dan penumpang, beg udara di bahagian tepi kereta, dan beg udara di bahagian lutut pemandu.

 

Justeru itu, anda tidak perlu risau tentang keselamatan penumpang anda, baik anak kecil mahupun orang tua.



Terdapat juga alat bantuan bagi pemandu untuk lebih waspada di kawasan yang terlindung daripada mereka (blind spot), selain pengawal kestabilan elektronik dan juga bantuan lain bagi pemandu supaya mereka dapat memandu dengan lebih berhati-hati, misalnya dengan memberi amaran kepada pemandu supaya berhenti seketika untuk beristirehat sekiranya kereta itu mendapati pemandu berasa letih ketika sedang memandu.

 

 

 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >