Cusack senangi Jackie Chan yang tidak lokek ilmu
Feb 24, 2015 | 05:30 AM
BAGAIKAN dalam mimpi rasanya apabila pelakon tinggi besar, John Cusack, yang pernah ditonton dalam filem Being John Malkovich, berada di depan mata di Hotel Pan Pacific baru-baru ini.
Cusack, 48 tahun, yang berlakon sebagai Jeneral Romawi, Lucius, dalam filem aksi Dragon Blade, begitu ramah dan tiada lagaknya dalam wawancara perseorangan sekitar 10 minit yang dihadiri Gah!