SEJENIS ubat yang dijual di sini mungkin dapat meningkatkan mutu kehidupan bagi sekitar 450,000 pesakit kencing manis selepas ia didapati mampu melindungi seseorang daripada kegagalan jantung.
Ujian klinikal yang dijalankan ke atas Forxiga mendapati ia mampu mengurangkan sehingga 17 peratus kadar kemasukan ke hospital bagi kegagalan jantung di kalangan pesakit kencing manis.