Dari balapan ke litar lumba kereta Formula Satu
Bekas pelari pecut Nurulaini Ariffin jadi marsyal sukarela perlumbaan di Melbourne
Mar 21, 2015 | 05:30 AM
MINAT tidak mengenal sempadan negara, dan kadang-kadang menagih sedikit pengorbanan.
Lantas kerana minat, bekas pelari pecut negara, Cik Nurulaini Ariffin, sanggup mengorbankan sekitar A$2,000 ($2,128) bagi menghabiskan empat hari di Melbourne, Australia.