Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Dari penagih jadi asatizah bertauliah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dari penagih jadi asatizah bertauliah

Jul 15, 2018 | 05:30 AM



SEMASA ditangkap atas kesalahan menyalah guna dadah, isteri Halim memberitahu anak mereka bahawa bapa mereka itu diberkas kerana kesalahan trafik.



Malah sehingga kini, Halim, 47 tahun, terus merahsiakan latar belakang dan sejarah silamnya yang sebenar - menjadi anggota kongsi gelap dan terlibat dalam kegiatan seperti memukul dan menagih serta mengedar dadah sehingga diberkas beberapa kali sepanjang hayatnya.



Sebabnya kini beliau yakin dirinya sudah berubah.



Kini beliau seorang guru mengajar Al Quran yang bertauliah selepas meraih Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



ARS, sistem pentauliahan bagi asatizah setempat, dijadikan mandatori tahun lalu, antara usaha Muis untuk menaik taraf asatizah setempat sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Muslim Singapura.



"Saya perlu rahsiakan kisah sebenar kerana bimbang sekiranya anak saya diejek semasa di sekolah atau di kelas pengayaan lain.



"Kadangkala lebih baik berahsia daripada ceritakan kisah sebenar," ujar kakitangan keselamatan di sebuah syarikat binaan itu lagi.



Malah Halim juga tidak memberitahu para pelajarnya yang datang ke rumahnya untuk belajar mengaji kerana berasakan "stigma bekas banduan" masih terus wujud.



Seorang lagi rakan senasib dengannya, Awie, 51 tahun yang juga mempunyai sijil ARS, turut merahsiakan sejarah silamnya daripada anak-anak muridnya.



Beliau juga tidak memberitahu mereka memandangkan beliau kurang yakin akan penerimaan mereka sekiranya memberitahu duduk perkara yang sebenar.



"Dalam hal ini, lebih baik tidak berus terang.



"Lagi pun kerja mengajar ngaji ini merupakan satu-satunya sumber rezeki saya ketika ini," jelasnya lagi yang bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.



Kini kededua mereka merupakan antara 25 bekas banduan yang aktif mengikuti kelas agama yang diadakan di Masjid Khalid, khusus untuk golongan tersebut.



Kelas yang dimulakan sejak 2016 dengan hanya 20 pelajar, kini mempunyai sekitar 60 bekas banduan dalam senarai pangkalan datanya.



Dianggarkan pada masa ini sekitar 25 daripada mereka aktif menghadiri kelas itu setiap minggu.



Malah selain kededua Halim dan Awie yang sudah memiliki ARS, tiga bekas banduan lain kini sedang memburu pensijilan yang sama, kata naib pengerusi Khidmat Kaunseling Muslim (MCS), Haji Alla'udin Mohamed, yang juga Pengerusi Masjid Khalid.



Laporan lanjut :






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >