Dayang Nurfaizah masih memukau selepas dua dekad
Diva sambut ulang tahun ke-20 perjalanan dalam muzik di Istana Budaya
Jul 29, 2019 | 05:30 AM
DUA dekad berada dalam industri seni suara, nama Dayang Nurfaizah masih kekal relevan dan mampu meletakkan dirinya pada satu tahap selesa.
Dayang, atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, meraikan ulang tahun ke-20 perjalanan kerjayanya menerusi satu konsert istimewa, Dayang Dua Dekad, di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu.