MENJELANG FINAL 'GEGAR VAGANZA'
Demam GV landa ramai bak tonton Piala Malaysia!
Dec 21, 2019 | 05:30 AM
RUANG tamu Cik Sabrina Samri riuh-rendah dengan sorakan, ulasan selari dan gelak tawa seisi keluarga besarnya seramai 10 orang setiap Ahad.
Esok malahan keadaannya dijangka lebih meriah bak wujudnya pesta Gegar Vaganza 6 (GV6) kerana peraduan realiti itu bakal melabuhkan tirainya selepas persaingan sengit selama 11 minggu.