Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Destinasi eksotik merangkumi Iran, Balkan menanti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Destinasi eksotik merangkumi Iran, Balkan menanti

Oct 11, 2019 | 02:13 PM



SYARIKAT agensi pelancongan milik Melayu/Islam, Raffles Holidays, menawarkan pelbagai destinasi percutian eksotik yang berbeza dari pakej agensi pelancongan lain. 



Salah satu destinasi menarik ialah ke negara Iran yang dipercayai selamat, mempunyai pelbagai pemandangan indah dan padat dengan sejarah. Destinasi percutian eksotik lain termasuk memburu cahaya Aurora Borealis (disebut Northern Lights) di Russia, jelajah padang pasir Maghribi dan mengunjungi bandar resort Mediterranean di Marmaris, Turki.



Raffles Holidays juga bakal menawarkan destinasi eksotik lain pada masa akan datang iaitu ke Tunisia dan Algeria, mengunjungi gunung menakjubkan merupai pelangi; Rainbow Mountain di China dan melihat keindahan tasik merah jambu; Pink Lake di Perth, Australia. 



Sebelum ini, para pelanggan agensi pelancongan ini telah mengembara ke Uzbekistan, Russia, Sepanyol, Maghribi, Jepun, Baitul Makdis, Jordan dan banyak lagi.



Untuk tahun ini, masih ada lagi tempat untuk pakej percutian 12 hari ke Sepanyol/Maghribi pada 24 November dan pakej 10 hari ke Uzbekistan pada 20 Disember. 



Untuk pakej percutian 2020, disarankan untuk mendaftar awal agar tidak terlepas peluang  kerana tempat terhad bagi setiap pakej.



Ada juga pakej percutian ke Aqsa dan Jordan pada tahun depan.  



Menurut jurucakap Raffles Holidays, setiap pakej lengkap dengan hidangan halal dan pegawai atau pemimpin kembara yang berpengalaman dan ramah mesra. Di samping itu, waktu solat juga terjaga.



Justeru, para pelanggan boleh menikmati percutian yang menyelesakan. 



Raffles Holidays telah ditubuhkan sejak 2006 dan menawarkan wisata ke serata dunia termasuk pakej umrah. 



Sila kunjungi Raffles Holidays di 35 Selegie Road, #03-18, Parklane Shopping Mall. Hubungi talian 6223-2668 atau whatsapp 9060-1415. Layari laman web www.rafflesholidays.com.sg atau ikuti Raffles Holidays di akaun rasmi Facebook, rafflesholidayssg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >