Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Diet tidak sihat punca satu daripada lima kematian di dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Diet tidak sihat punca satu daripada lima kematian di dunia

Kajian: Makan terlalu banyak gula, garam dan daging bunuh jutaan orang setiap tahun
Apr 08, 2019 | 05:30 AM



PARIS: Satu daripada lima kematian, atau sekitar 11 juta kematian, di seluruh dunia ada kaitan dengan diet tidak sihat, kata pakar pada Khamis lalu, sambil memberi amaran bahawa pemakanan gula, garam dan daging berlebihan membunuh berjuta-juta orang setiap tahun.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir satu bilion orang di seluruh dunia mengalami pemakanan tidak seimbang, sementara hampir dua bilion "terlebih makanan seimbang".



Tetapi kajian terkini mengenai trend diet global - Beban Penyakit Global, yang diterbitkan di jurnal The Lancet - menunjukkan di hampir setiap daripada 195 negara yang ditinjau, orang juga makan terlalu banyak jenis makanan salah - dan terlalu kurang makanan lebih sihat.



Sebagai contoh, dunia secara purata minum minuman manis gula lebih 10 kali ganda jumlah yang disyorkan, dan mengambil natrium (unsur logam yang banyak terdapat antaranya dalam garam biasa) 86 peratus lebih banyak daripada jumlah selamat bagi setiap orang.



Kajian itu menilai pemakanan makanan dan zat utama di 195 negara itu sepanjang 1990-2017 dan mengukur kesan diet tidak sihat terhadap kematian dan kesakitan berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (khususnya barah, penyakit kardiovaskular, dan kencing manis).



Ia juga memberi amaran bahawa terlalu ramai orang makan terlalu sedikit bijirin, buah, kekacang dan biji- bijian yang baik untuk mengekalkan gaya hidup sihat.



Kematian dalam kajian itu termasuk kira-kira 10 juta akibat penyakit kardiovaskular, 913,000 disebabkan barah dan hampir 339,000 berpunca daripada kencing manis jenis 2.



Dalam kalangan 11 juta kematian yang disebabkan oleh diet tidak sihat itu, pembunuh terbesar ialah penyakit kardiovaskular (penyakit melibatkan jantung atau saluran darah), yang sering disebabkan atau diburukkan oleh kegemukan.



"Kajian ini mengesahkan apa yang telah difikirkan oleh ramai orang selama beberapa tahun - diet tidak sihat bertanggungjawab bagi lebih banyak kematian daripada sembarang faktor risiko lain di dunia," kata penulis kajian itu, Dr Christopher Murray, pengarah Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian di Universiti Washington.



"Penilaian kami membayangkan bahawa faktor risiko diet utama ialah kadar pemakanan natrium yang tinggi, atau kadar pemakanan makanan kesihatan yang rendah."



Laporan itu, yang ditaja oleh Yayasan Bill & Melinda Gates, juga menonjolkan perbezaan besar dalam jumlah kematian yang ada kaitan dengan diet antara negara-negara di dunia.



Kadar paling tinggi kematian berkaitan diet ialah di Uzbekistan (892 kematian setiap 100,000 orang), Afghanistan dan Kepulauan Marshall, sementara kadar paling rendah ialah di Israel (89 kematian setiap 100,000 orang), Perancis, Sepanyol dan Jepun.



"Kajian ini juga menekankan peri penting campur tangan menyeluruh untuk mempromosikan pengeluaran, pengedaran, dan pemakanan makanan sihat di semua negara," kata Dr Murray.



Pada Januari lalu, sebuah konsortium 36 penyelidik menyeru agar dilakukan perubahan dramatik dalam cara manusia makan.



Laporan EAT-Lancet itu mengatakan penduduk global harus mengurangkan jumlah daging merah dan gula yang dimakan kira-kira setengah daripada jumlah yang dimakan sekarang, dan menambah sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang yang dimakan dua kali lebih banyak daripada yang dimakan sekarang untuk mengelakkan wabak kegemukan di seluruh dunia dan mengelakkan perubahan iklim "yang boleh mendatangkan bencana".



Penulis kajian yang disiarkan dalam The Lancet Khamis lalu itu menyatakan bahawa ketidaksamaan ekonomi merupakan faktor dalam pilihan pemakanan tidak sihat di banyak negara.



Ia mendapati secara purata, mencapai pemakanan hidangan buah- buahan dan sayur-sayuran sebanyak "lima sehari" yang dianjurkan oleh doktor hanya memerlukan 2 peratus daripada pendapatan isi rumah di negara kaya tetapi lebih separuh pendapatan isi rumah di negara miskin.



"Kajian ini memberikan kita bukti baik tentang apa yang harus disasarkan untuk memperbaiki diet, dan lantas kesihatan, di peringkat global dan nasional," kata Oyinlola Oyebode, Profesor Madya di Sekolah Perubatan Warwick, yang tidak terlibat dalam penyelidikan itu.



"Kekurangan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian dalam diet di seluruh dunia sangat penting - tetapi faktor pemakanan lain yang ditonjolkan oleh kajian itu ialah kadar tinggi pemakanan natrium." - AFP, agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >